Inilah sunnah Rasul junjungan, pesuruh Allah terakhir. Inilah warisan di-Raja segenap bangsa zaman-berzaman. Menghias warkah titah khalifah dan sultan. Simbol kepada kuasa, wibawa dan amanah. Lambang jati diri dan budaya bangsa.
Contohnya setelah Rasulullah saw membuat surat kepada raja dan penguasa dunia untuk mengajak mereka mengikuti agama Islam, salah seorang sahabat mengatakan bahawa orang-orang kafir tersebut tidak mahu menerima surat surat tanpa dicop mohor lebih dahulu, maka Nabi saw merintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya satu cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat Muhammad Rasulullah. mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sampai beliau wafat.
Cincin Nabi Muhammad SAW. |
Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat – menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain – lain.
Cap Mohor Engku Biru Kelantan 1910 Masihi / 1328 Hijrah |
Budaya agung bersulam seni khat dan seni zukhruf ini terus mekar, tidak luput ditelan zaman. Alunan huruf yang indah, gerak berirama bagaikan tarian. Berukir megah hiasan warisan. Bersatu membentuk personaliti, menyubur warisan seni bangsa bestari.